Running man members yg sgtlah aku gilai! |
Kegilaanku di tahun 2014 ni sudah tentulah Running Man! Ya, aku tahu aku terlambat. Tak kisahlah, biar lambat daripada tak tengok langsung kan ;)
Setakat ni, aku dah tengok sampai episod 120. Itupun setelah aku mengopi (copying) drpd cousinku yg cumil ;) Thanx a lot to her! Biasalah, budak U mesti peminat tegar Running Man juga kan.
Tapi, dijadikan cerita, oleh kerana aku terminat gilak dengan program ni, setiap Sabtu dan Ahad, aku akan tercongok depan tv2 jam 4 dan 4.30 pm! Tapi tu lah, tv2 lambat siarkan. Tak kisahlah, tengok berulangkali pun aku tak bosan!
Aku paling minat dengan Monday couple! Song Ji Hyo and Kang Gary. Bestlah tengok Gary try to usha Ji Hyo. Aku rasakan, Gary betul2 minat Ji Hyo ;) Kalau betul kan best! Tapi sayangnya, Song Ji Hyo couple dengan lelaki lain. Aku lupa nama lelaki tu. Macam bos tempat syarikat dia bernaung.
Yang lain pun best! Masing2 dengan karakter masing2. Dorang dah macam adik beradik. Buli membuli, ejek mengejek, pukul memukul, kejar mengejar.....semuanya kerana program tu! Hahahahaha....I really love them! Aku tahu dorang saling sayang menyayangi.
Kalaulah dorang invite aku jadi member or at least jd guest, alangkah indahnya! Hahahahaha....in your dream la! Dalam mimpipun, jadilah ;D
Oklah, nak mandi! Pas tu boleh tengok next episode RM!
No comments:
Post a Comment