Tuesday, August 16, 2011

posa....

Hari ni dah masuk 17 hari kita berpuasa.....sungguh tak terasa, cepat jak masa berlalu kan kan kan. Ramadhan tahun ni aku terasa macam nak beramal sangat-sangat (bukan riak k, tak terlintas langsung!!!) aku rasa macam nak spend more time to Allah, caranya banyakkan membaca Al-Quran. Walaupun bacaan aku taklah sebaik and semerdu manapun tapi aku rasa tenang jak bila baca kitab suci Allah. Kalau tahun2 sebelum ni aku memang liat sikit la nak baca, kalau baca pun, selembar 2 jak. Betullah kata orang, semakin meningkat usia, semakin kita menuju kematangan dan memikirkan akhirat. Sementara Allah masih memberikan nikmatNya yg maha kaya ini kepada kita, selagi itulah kita harus menggunakannya dengan rasa syukur tanpa sekali-kali melupakanNya. Hehehehehe......aku taklah sebaik and sealim mana pun tapi aku bersyukur kerana aku masih tahu membezakan mana baik dan mana yang buruk hasil didikan daripada kedua ibu bapaku yg sememangnya awesome ;-) Kadang-kadang pernah juga terlintas rasa malas nak dirikan solat (astagfirullahalazim) tapi hati ini cepat menasihati,"kalau kau malas nak menunaikan perintah Allah, macam mana Allah nak makbulkan segala doa-doa kau???" Syukur.....hatiku ini masih boleh mendidikku dari mengikuti ajakan syaitan. Mudah-mudahan ia akan terus begini agar aku terpelihara dari segala kemungkaran, amin.

No comments:

Post a Comment