Live your life with happiness. Be a positive person, humble and always down to earth. You may never know when is your last date on this earth, so provide yourself with a good vibe. Don't you want to be a part of heaven's member? InsyaAllah.
Wednesday, August 24, 2011
Lailatulqadar
Today is 25th day of fasting....& i don't know why my instinct says that last night was a Lailatulqadar. Jangan fikir bukan-bukan pula, aku tak cakap pun aku jumpa @ nampak yang pelik-pelik. Cuma ada sedikit perasaan yg 'pelik'. Aku bangun untuk bersahur pukul 3.30am. Setakat minum plain water, a cup of coffee & sebiji telur masin. Tiba-tiba my mom said,"lain juga kalau lailatulqadar kan, tenang jak suasananya. tengok macam sekarang ni." Memang betulpun apa yg mak cakap. Actually i notice this last night after i pray for isyak. Malam-malam sebelum ni angin kuat, hujan turun, bukan setakat malam, siang pun sama tapi semalam memang different. Nak cakap panas, tak juga. Nak cakap sejuk, tak juga. Bila da notice tu, so aku pun sibuklah perhatikan suasana alam dari luar tingkap. Tapi really, memang lain...very calm. Pokok-pokok pun berada pada tempatnya (memanglah, takkanlah tiba-tiba pula berpindah-randah kan) hehehehehe. What i mean is, dia bergoyang tapi macam tak bergoyang. Lagi satu, my mom & my sister nampak bulan berbentuk sabit tapi menghala ke atas (lekukan menghala ke atas). Dorang kata cantik. Tapi bila aku pergi tengok, ala dah tak nampak pun bulan :( Langit pun ditutupi awan. keadaan ini berterusan sampailah sekarang (now is 8.41am). Langit mendung tapi tiada hujan. Aku teringat cerita berkenaan Lailatulqadar ni.Pada malam tersebut, beribu-ribu malaikat akan turun ke bumi, & apabila melepasi subuh, malaikat-malaikat ini akan naik semula ke langit. Diceritakan bahawa malaikat-malaikat ini mempunyai sayap yang sangat besar, sebab itulah apabila keadaan cuaca pada waktu pagi selepas malam Qadar kelihatan redup, ini kerana sayap-sayap para malaikat yang menutupi langit. Subhanallah.....wallahualam. Apa-apapun, mudah-mudahan Allah memakbulkan doa-doaku, memberi keberkatanNya kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini, amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)