Friday, May 12, 2017

Sabar

Kadang-kadang berdiam adalah jalan terbaik bagi mengelakkan pergaduhan/bermasam muka/salah faham. Walau sesakit manapun hati, cuba tahan diri dari melawan, sambil minta tolong dengan Allah agar diredakan api yang menyala. InsyaAllah, kita tidak akan susah-susah untuk menjaga perasaan orang lain.

Friday, February 13, 2015

Perginya Tuan Guru Nik Aziz

Assalamualaikum 

Hari ini adalah hari bersejarah. Perginya seorang tokoh pemimpin yg sangat aku hormati, kagumi dan sayangi. Pergi yg x akan kembali. Pergi menemui pencipta....Allah swt.

Tiada kata terluahkan saat melihat berita pemergian beliau semalam melalui facebook. Aku x pernah menemui beliau, x pernah bersemuka tp airmata ini jatuh berderai. Ya Allah.....sedihnya hambaMu ini. Adakah nanti leader yg akn mnyambung wawasan beliau? 

Aku sangat mengkagumi cara kehidupan almarhum. Sangat sederhana. Dari segi pemakaian, pemakanan, tempat tinggal....Allahuakbar! Adakah pemimpin sekarang yg seumpama almarhum?

Di saat aku menaip entri ini, mataku digenangi air. Memang ama-amat sayu hati ini. Ya Allah.....kami x pernah berjumpa tp kenapa hati ini terasa seperti kami pernah dekat? 

Ya Allah ya tuhanku, aku yakin Kau akan memberikan tempat yg sebaik-baiknya untuk pemimpin kesayangan ramai ini. Kau berikanlah dia kebahagiaan di sisiMu ya Allah. Dia telah berpenat lelah di duniaMu ini keranaMu semata ya Allah. Sayangilah dia. Amin ya rabbal alamin.

Wahai Tuan Guru Nik Aziz yg kusayangi.....
Tenanglah dikau di sana.....
Damailah dikau di sana.....
Kecapilah nikmat bahagia yg kekal abadi.....
Di sisi pencipta yg satu....Allah Maha Besar
Aku bersedih atas pemergianmu....
Tapi jauh di sudut hati, aku gembira.....
Kerana kau bebas dari kesusahan dunia.....
Aku gembira kerana aku yakin....
Kau ditempatkan bersama orang-orang yg beriman
Kau bahagia di sana.....
Bersemadilah dengan tenang.....
Kau tetap dalam ingatan dan doa-doa kami.

Al-Fatihah.
Gambar ihsan dari google 

Saturday, October 25, 2014

Nikon Coolpix S30

Owh....just bought new gadget! My new baby! Yayyyyy.....babylah sangat kan! ;)

Jalan-jalan di bandar....at first, niat hanya untuk beli shampoo and vitamin.....lalu di kedai gambar, ai kakini tak dapat ditaha-tahan daripada memasuki kedai tersebut! ;) Tengok-tengok barisan kamera yang dijual. Tiba-tiba mata ini terlihatlah 1 kamera comel warna pink lagi! And the most important, it's waterproof! What a coincidence!  And harga pun tak masuk akalku! Before this, selalu survey kamera waterproof ni, harga tak lari dari rm900 ke atas. But this kind of camera, just rm358! Tawar-tawar punya tawar, dapatlah rm330! So, hati mula berbelah bagi! Setelah berfikir panjang, dan bertanya pendapat 2 orang adik-adik comelku, maka kamera ni menjadi milikku!

10.1 megapixels

Aku beli sekali monopod, harga berbaloi! Buka harga rm49.90, tawar punya tawar dapat rm40. Oklah kan! ;) Oh ya, beli kamera tu dapat percuma bag kamera. Dalam box ada 2 cd, buku user's manual, usb cable and warranty untuk 1 tahun.

Ok, masih dalam sesi ujikaji kamera ni ;) insyaAllah, nanti aku share kelebihan and keburukan kamera ni ok ;) Terutama kualiti gambar underwater! Uhhhhh.....excited ni! :D

Friday, July 18, 2014

MH17..... MH370

Allahuakbar! Innalillahiwainnailaihirojiun....

Takziah utk keluarga2 mangsa.

I was shocked! Bangun pagi tadi, tengok tv3, ada breaking news rupanya! Allahuakbar! MH17 TERHEMPAS! Aku terus terduduk di katil! Speechless! I don't know how to react! Aku teruskan menatap tv, mendengar berita yang disampaikan.....bila host En. Izwan beritahu MH17 ditembak.....oh my god! It's unbelievable! But I must believe it! Rasa hati sayu sangat.....walaupun tiada sanak saudara ataupun kenalan yang mengikuti plane tersebut, tapi aku rasa sangat terkesan. Mungkin sebab negara baru sahaja kehilangan MH370....and now MH17! Sampaikan aku tertanya dalam hati, "ya Allah, apa sebenarnya yang ingin Kau tunjukkan?" Sesungguhnya ini dugaan untuk kita semua rakyat Malaysia.

Tahun ini sangat menguji negara kita yang tercinta. Apalagi sekarang adalah bulan mulia Ramadhan. Allah ingin memberitahu kita ada 'sesuatu' yang perlu kita sedar dan ubah. Allah maha mengetahui segalanya. Semuanya atas kehendakNya. At least dalam kes MH17, kita tahu kesudahannya. How about MH370? Masih dalam teka-teki. Marilah kita sama2 berdoa semoga Allah melindungi negara kita. Janganlah kita membuat persepsi yang belum tentu kesahihannya...takut2 nanti akan memburukkan keadaan. Yang penting kita mesti bersatu hati dan jangan pernah berhenti berdoa. Doakan untuk rakyat palestine juga.

Al-Fatihah.

MH17...17.07.1997....17.07.2014....17 years old

MH370...still missing!

Friday, April 18, 2014

Lelaki Berlari

Wahhh....title! Bukan main kau nyah! Hehehe

Running man members yg sgtlah aku gilai!

Kegilaanku di tahun 2014 ni sudah tentulah Running Man! Ya, aku tahu aku terlambat. Tak kisahlah, biar lambat daripada tak tengok langsung kan ;)

Setakat ni, aku dah tengok sampai episod 120. Itupun setelah aku mengopi (copying) drpd cousinku yg cumil ;) Thanx a lot to her! Biasalah, budak U mesti peminat tegar Running Man juga kan.

Tapi, dijadikan cerita, oleh kerana aku terminat gilak dengan program ni, setiap Sabtu dan Ahad, aku akan tercongok depan tv2 jam 4 dan 4.30 pm! Tapi tu lah, tv2 lambat siarkan. Tak kisahlah, tengok berulangkali pun aku tak bosan!

Aku paling minat dengan Monday couple! Song Ji Hyo and Kang Gary. Bestlah tengok Gary try to usha Ji Hyo. Aku rasakan, Gary betul2 minat Ji Hyo ;) Kalau betul kan best! Tapi sayangnya, Song Ji Hyo couple dengan lelaki lain. Aku lupa nama lelaki tu. Macam bos tempat syarikat dia bernaung.

Yang lain pun best! Masing2 dengan karakter masing2. Dorang dah macam adik beradik. Buli membuli, ejek mengejek, pukul memukul, kejar mengejar.....semuanya kerana program tu! Hahahahaha....I really love them! Aku tahu dorang saling sayang menyayangi.

Kalaulah dorang invite aku jadi member or at least jd guest, alangkah indahnya! Hahahahaha....in your dream la! Dalam mimpipun, jadilah ;D

Oklah, nak mandi! Pas tu boleh tengok next episode RM!

keep praying...

Assalamualaikum...

Hari yg indah walaupun panas. Hanya sekejap hujan menyinggah di pagi hari.

Bila di saat aku mulai mengharapkan seseorang, mula mencuba untuk mencintainya, meminggirkan segala kekurangannya, kenapa dia hanya tahu memperalatkan? Apakah aku hanya untuk diperalatkan? Tidak! Mungkin inilah hikmahnya bila aku meminta pertolongan dari Allah. Tidak sempat berlanjutan panjang, Allah menunjukkan kebenaran. Alhamdulillah....terima kasih ya Allah. Mungkin belum masanya. Allah maha mengetahui masa yg sebaik2nya. Aku akan terus berdoa kerana aku tahu Allah maha mendengar dan akan memakbulkan segala doa2 ku, insyaAllah.

So people, just keep praying. U won't regret if u keep stay with Allah.

Sunday, March 30, 2014

It's 1.04am! I can't sleep! Mata ni terbuka luas! Argggghhhhh......ya Allah, help me!