Hari ini adalah hari bersejarah. Perginya seorang tokoh pemimpin yg sangat aku hormati, kagumi dan sayangi. Pergi yg x akan kembali. Pergi menemui pencipta....Allah swt.
Tiada kata terluahkan saat melihat berita pemergian beliau semalam melalui facebook. Aku x pernah menemui beliau, x pernah bersemuka tp airmata ini jatuh berderai. Ya Allah.....sedihnya hambaMu ini. Adakah nanti leader yg akn mnyambung wawasan beliau?
Aku sangat mengkagumi cara kehidupan almarhum. Sangat sederhana. Dari segi pemakaian, pemakanan, tempat tinggal....Allahuakbar! Adakah pemimpin sekarang yg seumpama almarhum?
Di saat aku menaip entri ini, mataku digenangi air. Memang ama-amat sayu hati ini. Ya Allah.....kami x pernah berjumpa tp kenapa hati ini terasa seperti kami pernah dekat?
Ya Allah ya tuhanku, aku yakin Kau akan memberikan tempat yg sebaik-baiknya untuk pemimpin kesayangan ramai ini. Kau berikanlah dia kebahagiaan di sisiMu ya Allah. Dia telah berpenat lelah di duniaMu ini keranaMu semata ya Allah. Sayangilah dia. Amin ya rabbal alamin.
Wahai Tuan Guru Nik Aziz yg kusayangi.....
Tenanglah dikau di sana.....
Damailah dikau di sana.....
Kecapilah nikmat bahagia yg kekal abadi.....
Di sisi pencipta yg satu....Allah Maha Besar
Aku bersedih atas pemergianmu....
Tapi jauh di sudut hati, aku gembira.....
Kerana kau bebas dari kesusahan dunia.....
Aku gembira kerana aku yakin....
Kau ditempatkan bersama orang-orang yg beriman
Kau bahagia di sana.....
Bersemadilah dengan tenang.....
Kau tetap dalam ingatan dan doa-doa kami.