Tuesday, January 29, 2013

Hati

Comelkan Macik & Pacik ni ;D




The beginning of 2013 ni amat mencabar hatiku. Setiap sudut hatiku diganggu! Syukur aku ada Allah tempat mengadu (since aku memang x berapa pandai nak meluah dengan manusia). Bila kita pandai control hati kita, insyaAllah kita selamat ;) How to control your hati? Banyakkan istigfar, banyakkan berdoa kepada Allah. Sometimes, apa yang kita nak kita xkan dapat sebab itu bukanlah yang terbaik untuk kita. Sometimes, apa yang kita rancang x menjadi kerana perancangan Allah lebih sempurna. *kenapalah kereta jiranku ni menderum semacam!!!* Solat istikharah untuk minta petunjuk kan....aku rasa aku dah dapat petunjuk dari Allah.

Oh ya, x dinafikan kita x akan terlepas dari perasaan hasad dengki (namanya juga manusia kan)....so, petua dari aku, jangan dilayan sangat kalau perasaan hasad dengki tu nak datang bertamu ;) Halau sepantasnya agar ia x berumah di hati ;) Bahaya kalau ia dah berumah di hati ;) Caranya....cakap kepada hati kita,"Alhamdulillah itu kurniaan dari Allah, mudah-mudahan Allah kurniakan kepadaku juga, amin."

Friday, January 11, 2013

2013

Baju new year la konon ;)

 Wow!!! It's new year again ;) Alhamdulillah, Allah masih sudi meminjamkan nyawa kepada hambaNya yang kerdil ini, terima kasih ya Allah. Terima kasih juga ya Allah kerana kedua ibu bapaku masih berada di sisiku, di depan mataku, satu kurniaan yang teramat besar bagiku. Terima kasih juga ya Allah kerana melindungi adik-adikku dan memberikan kejayaan kepada mereka. Terima kasih yang tak terhingga atas semua kurniaanMu ya Allah.

Hmmm.....azam baru??? Aku mau jadi manusia yang lebih baik ;) Lagi satu, mudah-mudahan Allah izinkan aku untuk mengakhiri zaman bujangku tahun ni ;) Mudah-mudahan Allah berikan aku jodoh yang baik, yang boleh membimbingku dunia akhirat, boleh menjadi ayah yang baik kepada bakal anak-anakku, boleh menjadi menantu yang baik kepada kedua ibu bapaku, boleh menjadi abang yang baik kepada adik-beradikku ;) amin.

Hehehehehe.....adakah boyfriend??? Ada.....tapi macam tak ada :(

Esok Sabtu, hari yang sepatutnya aku merehatkan diri, minda, jiwa dari segala kekusutan kerja. Segala masalah itu dan ini di tempat kerja yang sejak kebelakangan ini banyak sosek-sosek mengatakan bahawa keadaan tempat kerja ku kini menSTRESSkan!!! Tapi, oleh kerana big boss suruh turun kerja, maka hari Sabtu yang kebiasaannya permai bagiku bertukar menjadi permaidani ;D Tak apalah kan, cuti Chinese New Year nanti bolehlah mempermaikan diri selama seminggu ;) hehehehehehehe

Oklah, gambar dibawah ni was taken pada 31.12.2012.

Jom baca Quran ;)